Fenomena K-POP

Assalamualaikum..Korang tentu excited dengan tajuk post kali ni kan? Gempakk gituu!! Sekarang ni memang semua orang tengah gila k-pop. Al-maklumlah band boy Korean kan semua jambu-jambu. Hakhak. Yup, I admit memang diorang hensem tapi fiqah tak lah fanatik sangat dengan diorang ni.. Sorang dua je fanatik betul tapi tak lah terlebih..hehe. Tapi kan fiqah pelik lah, kenapa ramai yang fanatik sangat dengan diorang erk sedangkan diorang non-muslin?? o_0 Lebih baik kita memuji dan mengagungkan ahli-ahli ulamak berbanding artis lebih-lebih lagi yang bukan Islam. Maaf ye, fiqah cuma cakap apa yang fiqah rasa. Fiqah mintak maaf jika ada menguris hati peminat-peminat fanatik K-Pop. Nanti tak pasal-pasal fiqah ada ramai fans...

   Ok, berbalik kepada fenomena K-Pop yang semakin menular di kalangan remaja zaman sekarang. Fenomena ini semakin serius dan harus diubati dengan segera. Cehhh, dah macam pembaca berita pon ada ni. Kira diorang ni bagaikan pisang goreng yang tengah panas lah. Semua orang berebut nak. Aisshh, korang ni pun satu.. Artis India tak de lah minat pulak. Hensem apa artis-artis Bollywood kite tuu. Siap guling-guling atas bukit lagi. Shah Rukh Khan tak minat? HAHAHAHA.. Ok ok, jom fiqah tunjuk artis korea yang fiqah minat..

Fiqah minat yang ni!!! Fiqah minat yang ni!! #lompat tinggi-tinggi.... Korang tentu kenal kan? Kim Jaejoong atau lebih dikenali sebagai Hero Jaejoong ni bekas ahli kumpulan TVXQ tapi sekrang group dah berpecah dan dia ada group baru 'JYJ'. Fuuhhhh, *cair macam coklat. Wahh, Prince Charming sayee !! Kenapalah awak bukan Islam dan tak duduk di Malaysia. Kalau tidak, dah lama fiqah hantar rombongan kahwin awal-awal.. Fiqah minat dia ni since fiqah darjah 6 lagi. Time tuu group diorang kira meletup lahh.. Kalah SuJu dan Beast !

Hahhh...ni pun fiqah minat jugak. Cute kan kan kan? Dia ni ahli kumpulan T-Ara..fiqah tak payah cakap, korang tentu dah kenal.. Jadi dipendekkan cerita, fiqah memang minat sangat dengan 2 orang hamba Allah ni. Sorang handsome + jambu... Sorang cantik + cute..Waaaww, panasss !! 

OK, setakat ni je post yang fiqah boleh kongsi dengan anda wahai bloggers sekalian. Insya-Allah, fiqah akan update blog nim jika ada masa yang terluang.

Nota x penting = Kepala dah meletup sebab nak study untuk big exam next year. Doakan fiqah dapat 8A yee..Aminnn Ya Rabb ~

No comments:

Post a Comment